menu
logo
rolex-plague-logo
Menu
Accessories-rolex-accessories-cover-rolexcufflinks_2403jva_001-portrait
Accessories-rolex-accessories-cufflinks-introduction-rolexcufflinks_2312jva_002_rvbportrait

Kafling
Anggun di pergelangan tangan

Tiga kafling dengan buatan halus tersedia dalam emas 18 karat kuning, putih atau Everose.

Kafling “Mahkota”
Satu simbol yang wajib dimiliki

Logo Rolex, mahkota lima pancang, boleh dipakai sebagai kafling. Kafling ini menjadi lambang kecemerlangan pada pergelangan tangan si pemakai dengan perincian yang begitu halus.


Accessories-rolex-accessories-crown-cufflinks-rolexcufflinks_2403jva_001-portrait

Kafling “Jarum Jam”
Sentiasa bersinar

Berinspirasikan bentuk cakera bulat yang terdapat pada hujung jarum jam model Rolex Profesional, kafling ini bersinar dalam keadaan gelap kerana terdapat bahan pendarkilau – sama seperti yang digunakan pada paparan Chromalight pada jam tangan Rolex.

Accessories-rolex-accessories-chromalight-cufflinks-rolexcufflinks_2403jva_003-portrait

Kafling “Berjejalur”
Estetika yang ikonik

Kafling ini menggabungkan beberapa elemen jam tangan Rolex yang tersendiri. Di bahagian tengah, mahkota pancang lima diukir pada cakera Cerachrom seramik, yang dikelilingi jejalur yang menyerupai bezel ikonik yang dilihat pada model Rolex Klasik.

Accessories-rolex-accessories-fluted-cufflinks-rolexcufflinks_2403jva_002-portrait

Jam meja
Waktu di dalam rumah

Diilhamkan oleh model ikonik jenama, jam meja ini membaharui estetika jam tangan Rolex untuk suasana di dalam rumah menggunakan kepakaran dalaman.

Accessories-rolex-accessories-table-clock-introduction-c909010ln-0001_2503rlx_0003-portrait

Jam kalendar
Mengabadikan inti pati Submariner

Jam meja Rolex dengan kalendar sekular ini menggarap semula reka bentuk Submariner Date dengan begitu rapi. Terdapat garapan masa dan tarikh dengan sisipan bezel Cerachrom monoblok bersenggat 60 minit serta paparan Chromalight yang memancarkan cahaya biru pekat dalam keadaan gelap.


Penutup keluli tahan karat hemisfera terletak di atas tapak berbentuk cincin yang membolehkan objek diorientasikan ke mana-mana arah.


Jam meja ini dikuasakan oleh pergerakan kuarza yang menggabungkan kalendar sekular. Mekanisme ini membuat pelarasan secara automatik untuk bulan yang ada 28, 30 atau 31 hari, termasuk tahun lompat – apabila Februari ada 29 hari – serta mengambil kira pengecualian bukan tahun lompat yang jarang berlaku.

Accessories-rolex-accessories-table-clock-night-c909010ln-0001_2503rlx_0003-portrait
rolex crown
arrowKembali ke atas