







Permukaan Ibu Mutiara
Permukaan ini mempunyai berlian dalam tetapan emas 18 karat. Ibu mutiara penuh dengan sifat misteri dan kejutan. Bergantung pada tempat asal, mutiara boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning. Terdapat perbezaan dari segi warna, keamatan dan struktur mengikut bahagian cangkerang yang diekstrak. Di Rolex, ibu mutiara tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan digembleng untuk menonjolkan keindahan semula jadi dan memelihara warna asalnya. Oleh sebab semua permukaan ibu mutiara adalah unik, permukaan yang serupa tidak akan ditemui pada pergelangan tangan orang lain.


Rolesor kuning
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini teradun sebati dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster Perpetual.


Rantai Oyster
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan Oysterclasp dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex. Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.


Ketersediaan Model


















